Total Pageviews

Sunday, August 30, 2015

RESEPI MUDAH CARA MEMBUAT KARIPAP SARDIN SEDAP.. NYUMM NYUMM



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Fuhhh! Berhabuk kot blog ni.. haha lama tak jenguk..
Lama mana tak jenguk tu? Lama tak lama la sampai dah habis diploma, dah graduated.. and dah masuk degree pun haa.. bapak lamaa.. koh koh..
Degree sambung di mana? Alhamdulillah, dapat sambung di uitm jugak tetapi di shah alam.. kampus induk.. cuma sedih sebab tak dapat sambung kos yang dulu lap air mata ni semua MUET punya pasal.. herrr.. buat lambat terus dicampaknya daku ke kos lain.. naahh sokay dah habis satu sem ponn.. haha mengada..
So tengah cuti ni apa lagi yang aku buat selain mengabihkan borehh.. eh habis beras takpe kalau daku yang masak *kembang hidung
Post kali ni aku nak share resepi kuih feberet aku *kembang lagi
Kuih KARIPAP SARDIN! Huahuahua.. alaa mesti ramai yang tau buat kann.. senang je kot.. saja ja aku nak share karipap aku buat untuk minum petang hari tu.. jom tengok kekdahnyeww..
Sebelum tengok resepi tengok hasil dulu.. walaupun tak berapa cantik asalkan sedap.. huahua

Bahan- bahannya:
Setin besar sardin (apa2 jenama pun)
2 ulas bwg putih (dicincang)
1 labu bwg besar (potong dadu)
3 sudu mkn cili kisar (ikut tahap kepedasan yg disukai)
1 sd teh garam
1 sd mkn gula
Sebiji lada merah
Sedikit perahan limau nipis (untuk buang rasa hanyir sardin)

Cara-cara memasak inti:
1) tumiskan bwg putih dan separuh bwg besar (separuh lagi guna nanti)
2) masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3) tuang sardin. tuang je semua.
4) hancurkan isi sardin sampai sebati. Masukkan lebihan bwg besar tadi bersama lada merah.
5) perasakan dgn garam, gula dan perahan jus limau. Siap. Biar sejuk.

tumis bwg besar dan bwg putih
masuk cili kisar

masuk sardin (memang sengaja tak hancurkan dulu dan tak buang kuah)

lepas dah hancurkan sardin masuk lebihan bwg besar dan cili merah.

siap! apit dengan roti pun sedap ni.





Selalunya aku buat doh kulit karipap dulu sebab nak rehatkan doh dalam 10-15 minit. Jom kita tengok cara buat doh pulak.

Cara-cara buat doh karipap:
1) 500 gram tepung gandum ( untuk 40-50 biji karipap )
2) dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
3) satu mug sederhana besar berisi air ( biasa/ air sejuk dalam peti ais) yang sudah dilarutkan dengan garam 


Masukkan tepung ke dalam bekas. Pastikan kering. Buat lubang tengah-tengah. Tuang minyak masak yang telah dipanaskan. Gaul guna senduk kalau dah sejuk boleh la guna tangan. Gaul sampai tepung jadi berketul macam serbuk roti. Kemudian tuang sedikit demi sedikit air ais/sejuk. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 10-15 min. Kemudian uli sekali lagi. bulatkan doh kemudian gunakan penggelek (aku taktau nama benda alah tu apa) nipiskan sikit then letak atas acuan karipap. Letak inti. Kemudian kapit! Haha siap satu. Buat sampai habis doh and inti. 
doh dah siap. kasi rehat dulu.


Petua untuk menggoreng karipap. Wahh petua kauu.. panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng. Sebelum masukkan karipap, tutup api dulu baru masukkan karipap. Lepas tu baru buka semula api ( api perlahan je eh) . Sentiasa balikkan karipap (hati2 kang terburai inti). Sampai dah ada ciri2 masak. Angkat dah hidangkan bersama teh panas. Pehhh terbaik laa.. 
canai doh. (penat)

letak inti. kelim kemas-kemas.

goreng! 


Sekian. Penat menaip. 










Saturday, September 13, 2014

Selamat Hari Jadi Ke...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Jadi ke... haaa kepada sapa pulak ni?? hehe.. Selamat Hari Jadi kepada aku la.. tanggal 12 September, iaitu semalam err kelmarin.. err semalam ka kelmarin? xkisah lah.. Asal boleh.. gediks kann dah besar pun nak fikir pasal Hari Jadi lagi... suka hati lah haha..

apa2 pun, aku nak ucapkan banyak-banyak... besar-besar.. Terima Kasih kepada sahabat2 aku yg sudi sambut Birthday aku.. dahla wish lambat! hehe acah-acah sentap noks.. sumpah aku ingat diorang lupa birthday aku.. boleh, dah tepat 12 tgh malam tu memasing buat derkk.. buat dunno je kat aku.. berapa kali aku dok ulang tengok kalendar dengan tarikh malam tu.. dalam hati fikir, "Betul kan tarikh ni? Phone ni tak tipu kan.." huhu.. lepas setengah jam, baru la diorang wish "Happy Birthday!!!" sengal -.-" xjadi aku nak merajuk.. ecece geli..

Thanks 4 this Birthday cake.. sedappp sangatt


dengan Ika sengettt

Farah yg comell

Erin a.k.a Ji Hyo (jgn marah aaa)

P/s: I Love All of u sooooo muchhh.. thank u sbb celebrate my Birthday.. I really appreciated it.. xdak ayat yg mampu mengambarkan perasaan aku ini.. poyo jap.. keep in touch tau sahabat2ku... i'm gonna miss all of u nantiii




Friday, September 12, 2014

Pre-Graduation Batch 2011/2

Assalamualaikum...

Haaa.. hari ni aku nak share pasal pre-grad yg berlangsung 10 hb hari tu.. tak banyak yg aku nak cakap.. emm.. hari tu dari kampus ke Hotel Ramada tu ada disediakan bas.. tapi terhad la.. so, aku and geng prefer pergi dgn kereta je hari tu.. nasib ada Waze.. hehe.. kalau tak, mau sesat.. mampuihh.. bila sampai tengok hotel tu boleh tahan la.. cantik jugak.. kitorang sampai lambat sikit (rasanya lambat banyak) boleh pulak kitorang sampai tepat, sama dengan Rektor sampai.. kelam kabut masa tu cari table.. huhu..

majlis tu berlangsung kira ok la jugak.. tengok orang dapat anugerah(mampu tengok je)..haha.. menu makan dia pun boleh tahan.. sedap.. tapi, jadi sakai jap time rektor bagi speech..bosan punya pasal, satu table main napkin yg hotel tu dah lipat cun2 -.-".. pastu mata memasing asyik pandang kat tengah meja(ada makanan).. mau tak pandang.. memasing tahan perut dari lunch time sampai nak dekat pukul 5ptg baru dapat makan.. sadisss

siap makan, sampai dessert lak.. aku makan sikit je.. pasal nak merayau cari kawan nak snap2 pic..haha..

snap punya snap ni lah hasilnya hari tu..




dekat lobi hotel :)

motif?? hehe sesaja snap dulu b4 g hotel tu with my bff, Bella

layan si mira ni bergambar

sorry, TERselfie

TERR lagii

lagiii

dan lagiii



dgn sahabat setia(Bella, Ika, Erin n kwn erin(Fida))-kau pandang apa la Erin

Sahabat sampai mati.. xtau jumpa ke tak lagi lepas grad ni



Tuesday, September 9, 2014

KENANGANKU BERSAMAMU...

Assalamualaikum semua...
Aku dah agak dah aku akan buat macam ni kat Blog aku... Hmmm... dah agak dah...
Apa yg aku dah buat? Sibuk ja nak tau  hehee.. Aku buat apa, bukan salah besar punnn. cuma aku tinggal blog aku ni dah 3bulan -.-' hehe... xsalah kan? nak buat macam mana, dah aku busy(busy apa pun xtau la)..

Ala, masa aku baru buat blog ni pun aku dah agak yg aku xkan selalu post macam blogger2 yg lain tu.. dah agak kannn.. ok, drop the subject... drop? jatuhkan? kbai

apakah dan siapakah yg kena mengena dgn tajuk aku hari ini.. waa macam nak berforum abaikan hari tu, aku dengan dak2 kelas aku (6H) ada photoshoot untuk slot akasia eh bukan untuk YEARBOOK.. yela, senior kekwat dah kann.. so, yearbook acah2 sebagai kenangan bersama.... mu.

ni antara gambar2 hari tu...

sebelum photoshoot, snap satu kaliii


lamantinta.com


The Happy Family of 6H


Bajet2 serius...





Haa.. amacam? serius aku kaku gila aku rasa dalam gambar ni.. nak tau aku yg mana, carilah sendiri.. hehe.. aku tak pandai sgt nak photoshoot bagai ni.. jadi, tu la hasilnya..



yg kat depan tu buat apa? yg belakang sibuk nak selfie...


btw, semua pun dah nak grad.. nanti sambung degree xtau la nak dapat classmate yg macam mana pulak.. semua ni adalah kenangan yg tak terbeli.. cewahh ayat(xboleh sedih lagi?) 

p/s: i'm gonna miss this :)



Tuesday, June 24, 2014

it's NOT my last day yet...

assalamualaikum...

dah lama aq xjengok blog ni rasanya.. nasib xbersawang.. ehem! dengan followers yg SGT la xramai.. almaklumlah, kite bukan budak hot... bajet.... haha.. ermm, apa yg aq nak share ni erk.. btw, skrg ni dah minggu ke 3 aq kat uitm lendu ni.. alhamdulillah (mari bersyukur... ramai2..) abaikan..

so far apa yg aq boleh habaq mai, kat lendu ni TERsangatla panas! jalan setapak je dah berpeluh. and 4 those yg xada kenderaan mcm aq ni, MMG terseksa dok tunggu shuttle van untuk ke kelas. minggu ke-2 aq kat uitm ni, dah dapat assignmnet dah... (sekali lagi, mari bersyukur.. ramai2...) T.T

sekarang ni pun, aq dah part 6 a.k.a last semester.. xlama dah aq nak tinggal kat lendu ni. and for sure, bila dah part 6 ni, ada event besar yang batch kitorang akan organize kan... apa nama event tu? haaa, ni cek nak habaq ni. semalam after meeting batch, tahulah nama event kitorang adalah.... adalah? hehesepakjugakkang

MEDINA 2014 (Islamization of media in new era 2014) adalah nama event kitorang nanti.. will be held on 21st & 22nd August 2014.. jemput mai noh... di Dewan taming sari UiTM Lendu Melaka.. mai..mai.. bagi ramai.. :)

and, for sure.. it's not my last day yet in Lendu ;)

Saturday, May 17, 2014

Assalamualaikum...

hari ini aku nak jadi budak baik sikit.. err.. i mean banyakkk... tanggal 15 may 2014.. pada usia 57 thn, arwah pak long ku telah pergi menghadap Ilahi.. dia tak sakit apa pun, cuma pukul 2 pagi camtu dia kata dia penat (sumber: mak long aku a.k.a bini dia) dia batuk2 then rebah kat pangkuan anak keduanya yakni cousin aku..

arwah lalu dikejarkan ke hospital... sampai je kat hospital tu, doc cakap arwah dah takde.. waktu dia rebah kat rumah tu, time tu dia dah takde dah sebenarnya..

pukul 4 pagi my ibu kejut cakap arwah dah takde.. arwah abang ibuku.. terkejut! ya, itu perasaanku ketika itu. aku tahan air mata dari mengalir.. aku mesti kuat.. kat depan mak aku je la.. poyos.. pastu meleleh gak.. even tengah typing ni pun still sob.. sob.. :'( (huhu... banjir bilik)

sampai kat rumah arwah.. orang dah ramai masa tu.. plus arwah mmg ramai kawan.. aku sedih sangat tengok anak bongsu arwah.. dia tak boleh terima hakikat yg abahnya dah takde.. even aku pn mcm xprcya sebab tgk arwah tenang sgt... mcm tgh tido.. anak dia keep crying sampailah orang angkat jenazah untuk dimandikan.. anak dia dah start meraung.. semua orang tenangkan dia..kesian sgt aku tengok :( aku terbayangkan mcm mana kalau benda ni terjadi kat aku.. Ya Rabb, kuatkan aku...

keesokan paginya pulak.. (ni bukan sambungan cerita tu ye, ko ingat ni novel??) sekali lagi ibu aku dikejutkan dengan berita kematian kawan baiknya! 2 hari berturut-turut... adik aku tanya, " apa dah jadi ni kak.. dah 2 hari ni kita terima berita orang meninggal.." aku hanya diam.. tak tahu la dik oii nak jawab apa(kata dlm hati -,-')

tapi, semua ni buat aku rasa insaf.. aku bayangkan jika seterusnya adalah aku.. Ya allah.. amalan tak cukup lagi... dosa bertimbun! TAKUT.... memikirkan azab di kubur...Subhanallah.... betul apa orang cakap, para ulama menangis fikirkan azab neraka.. TAPI... kita ni menangis kerana azab cinta! putus cinta, menangis(menangis lama-lama pastu jadi kassim selamat) awek/pakwe curang, menangis... nampak crush ada awek, menangis.. err krik.. krik...

alhamdulillah, perginya arwah pak long aku tu ada hikmahnya.. anak perempuan dia dah bertudung... jalan nak menuju tutup aurat sepenuhnya tu.. amin...

marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri (peringatan untuk aku jugak) juga mempersiapkan diri untuk pergi menhadapNya :) InsyaAllah...


Saturday, May 10, 2014

AKU DAN MEREKA...

Assalamualaikum..

Ni kira 2nd entry aku.. aku tak tau sebenarnya nak tulis pasal apa.. Al-maklumlah, budak baru ada blog (ayat poyo-terlebih gula)..

hermm.. nak cerita pasal dua orang adik kembar aku(dah kembar memang 2orang), tapi lebih dari dua pun ada! haa,  adik kembar aku, bukan aku yang kembar tapi adik bongsu aku berumur 7tahun.. kiranya darjah satu lah tahun ni. diorang ni memang banyak kerenah yang kadang-kadang agak pelik. perangai pulak macam jantan! oh, lupa.. adik kembar aku ni perempuan..hehew..

disebabkan diorang yang waktu kecik-kecik, dolu-dolu agak pelat bila bercakap(sekarang dah tak pelat, kalau pelat jugak aku lempang).. maka, kitorang dapat gelaran yang pelik masing-masing(aku rasa yang pelik tu sorang je, eh, dua orang.. eh??)

jom usha apa gelaran kami adik beradik dapat:

1. dah tentulah aku(bangga seketika).. gelaran apa aku dapat, err, takpalah lupakan. diamlah kau. hahaha

2. adik lelaki aku.. si kembar ni panggil dia abang kecaq.. uhh?? apa tu KECAQ? mesti korang tertanya-tanya kannn.. kecaq maksudnya besar or besaq in kedah style.. disebabkan diorang ni pelat.. tu yang jadi abang kecaq tuu.. haa, hambek kau.. melekat sampai sekarang panggilan tu. hoho..

3. adik perempuan aku.. kitorang memang dah panggil dia baby since dia baby lagi. so, dia tak besar-besar sampai sekarang(apa aku merapu)-abaikan- bila datang si kembar ni, boleh pulak dia tambah kakak di depan baby tu. jadilah kakak baby.. pelik kan.. ke tak pelik.. KBAI..

4. adik lelaki bongsu aku(yang manja, annoying, mengada) ok, cukup tu. yang ni satu hal.. ibu aku ajar diorang sampai naik lenguh mulut(ok, aku tipu) untuk suruh diorang panggil abang zikri dekat adik lelaki aku ni.. tapi, tak melekat pun.. mungkin sebab faktor umur yang berbeza 5 tahun tapi diorang rasa macam sama baya je(ok, aku tipu lagi).. diorang panggil adik lelaki aku ni, kikie.. dah macam kiki lala aku tengok.. hahaha

enough about gelaran. yang aku rasa pelik bagi orang lain tapi benda-benda macam tu yang merapatkan kami adik beradik.:)
kitorang enam beradik.. i love u all! muahh..


lagi pasal kerenah adik kembar aku ni.. kitorang ada kucing.. 4 ekor(apa kes tukar cerita lak ni..) ada kena-mengena ok. adik kembar aku ni buat kucing-kucing kitorang sebijik macam baby.. baby, bayi.. faham? sampaikan satu hari tu aku terdengar dialog diorang 'berlakon'..

" Hai.. itu anak engkau ke?"

"Ha, anak saya.."

"Kenapa anak engkau muka macam kucing(yang memang kucing pun) ?"

" Ohh, sebab saya bagi makanan kucing -,-' "

hah! mampu kau tahan gelak lepas dengar ayat diorang ni.. aku dengan adik-adik yang lain terbahak-bahak ketawakan si kembar ni.. tapi, kitorang layan je kadang-kadang perangai si kembar ni.. boleh hilang stress woo gelakkan gelagat diorang.. hahaha..

ini yang terjadi bila diorang bermain dengan kucing-kucing tu...
bagi comel pakai tudung katanya.. kahkah.. kesiannn and comel said-aku redha-

hello! we're twins and this is Tom(yang sangat bising)

this is Junior..